Posted by : Hazamee
Sep 20, 2015
Kesimpulan
Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi
Tanah Melayu.Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.
Pengajaran
- Sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya.
- Manusia atau sesuatu tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman.
- Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
- Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada sesebuah negara.
- Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat setia kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.
- Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.
- Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.
- Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi, terbuka minda, taat setia, bersatu-padu dan patuh kepada undang-undang negara.
Kesan kepada Bangsa dan Negara Malaysia
- Sejarah awal Tanah Mekayu penting sebagai pusaka bangsa kerana ia memaparkan sejarah silam dan tamadun Tanah Melayu zaman awal.
- Tanah Melayu merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai pemerintah dan sistem pemerintahan tersendiri.
- Bahasa Melayu ialah bahasa yang terkenal pada abad ini sehingga menjadi lingua franca di Asia Tenggara.
- Penjajahan Jepun telah meninggalkan kesan psikologi dan traumatik kepada mereka yang terlibat.
- Penjajahan Brotosh terutamanya telah mengubah demografi Tanah Melayu iaitu terbentuknya kawasan luar bandar dan bandar.
- Tanah Melayu atau Malaysia sedikit sebanyak telah mengguna pakai sistem pentadbiran British dalam beberapa aspek pemerintahan negara.
Renungan untuk Generasi Baru
- Generasi masa ini perlu ada usaha untuk memajukan diri setiap masa serta mengamalkan sikap cinta akan ilmu dan menerapkan sikap perpaduan kaum dalam diri mereka.
- Generasi baru perlu mejadikan peristiwa penjajahan di Tanah Melayu sebagai iktibar agar sentiasa mengisi kemerdekaan yang dikecapi dengan melakukan sesuatu yang akan menaikkan nama negara di mata dunia dan pada masa yang sama memastikan kedaulatan negara sentiasa dipelihara.
- Golongan intelektual tidak boleh menggunakan kebijaksanaan dan ilmu yang dimiliki ke arah jalan yang salah kerana hal ini akan merosakkan negara itu sendiri.
- Generasi bakal pemimpin harus pandai menjalinkan kerjasama dengan negara luar agar tidak terpengaruh dengan taktik yang digunakan oleh orang luar untuk menjatuhkan negara ini.
- Generasi kini perlu bekerja keras bagi memajukan dan menaikkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa supaya negara luar menghormati kedaulatan negara ini.
- Nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada peristiwa penjajahan ini ialah setiap warganegara perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.