Posted by : Hazamee
Sep 2, 2015
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
- Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941.
- Tentera terus mara ke Jitra, Kedah.
- Tentera berpecah dua.
- Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat.
- Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat.
- Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
- Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur
3. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
- Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941.
- Berpecah kepada dua pasukan.
- Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu.
- Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan.
- Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar.
- Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah.
Cara Kemaraan Tentera Jepun
1. Menggunakan kapal terbang perang
- Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu.
- Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun.
2. Menggunakan kereta kebal penggempur
- Berjaya memaksa tentera British berundur.
- Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan.
3. Menggunakan bot
- Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai.
4. Menggunakan basikal
- Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British.
- Basikal mudah untuk melalui jalan sempit.
Kesan Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
1. Jepun menguasai Tanah Melayu
- Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu.
- Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.
- Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura.
- Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan.
2. Banyak berlaku kemusnahan
- Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan.
- British gunakan taktik “bumi hangus”British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan.
- Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi.
- Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan Muzium Selangor.
- Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan.
3. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
- Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara.
4. Kelemahan tentera British di Tanah Melayu
- Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun.
- Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura.
- British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah.
- Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu.
The Casino Directory | JtmHub
ReplyDeleteThe Casino Directory is a complete www.jtmhub.com directory filmfileeurope.com for casino and sportsbook operators in Ireland and Portugal. Jtm's comprehensive febcasino.com directory provides you casino-roll.com with หารายได้เสริม more than 150