Posted by : Hazamee Sep 1, 2015

Zaman Penjajahan Jepun ( 15 Febuari 1942 - 15 Ogos 1945 ) 


Penjajahan Jepun merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Walaupun Jepun menduduki negara kita selama 3 ½ tahun (15 Feb 1942 - 15 Ogos 1945), namun kesannya amat mendalam ke atas penduduk Tanah Melayu.

Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan dengan mengambil masa 70 hari sahaja. Serangan dimulakan melalui dua arah iaitu melalui pantai timur dan pantai barat. Rancangan utama Jepun adalah untuk menubuhkan Pemerintahan Baru Asia Timur Raya di mana pihak Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada sesetengah negara di Asia Tenggara.


Kedatangan Jepun
  • Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
  • Melancarkan Pemulihan Meiji
  • Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
  • Mencontohi negara Barat
  • Jepun meluaskan kuasa dia China bertujuan memasarkan hasil industri
  • Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
  • Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun

Faktor Perluasan Kuasa Jepun
1. Faktor Masalah Ekonomi Jepun :
  • Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
  • Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah.
  • Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
2. Faktor Sekatan Ekonomi :
  • Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
  • China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
  • Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
  • Serangan diketuai Jeneral Tojo
  • Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
  • Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
  • Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara

Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu 
1. Melalui Propaganda :
  • Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat  Asia”.
  • Slogan berunsur anti-penjajah Barat.
  • Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur.
  • Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia.
2. Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
  • Strategi yang sangat berkesan
  • Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British

Faktor Kemenangan Tentera Jepun 



1. Perancangan awal perang
  • Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu.
  • Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan.

2. Kelengkapan perang tentera Jepun
  • Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”.
  • Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu.

3. Semangat tentera Jepun
  • Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka.
  • Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun.
  • Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun.

4. Taktik serangan Jepun
  • Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941.
  • Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura.

5. Kelemahan tentera British
  • Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah.
  • Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang.
  • Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British.
  • Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura.

6. Pakatan Jepun-Thailand
  • Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand.
  • Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand.

7. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
  • KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu.
  • KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu.
  • KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 DTK1A 2015 - Shingeki No Kyojin - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -