Posted by : Hazamee
Sep 11, 2015
Dasar Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu
1. Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
- Jepun perkenalkan pelbagai dasar.
- Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan.
- Kebajikan penduduk tidak dijaga.
- Penduduk tiada hak bersuara.
- Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu.
- Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk.
- Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British.
- Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial.
i. Politik
- Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri.
- Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja.
- Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British.
- Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun.
- Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah.
ii. Ekonomi
- Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan.
- Mata wang Jepun diperkenalkan.
- Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan.
- Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian.
- Layanan istimewa diberikan kepada kaisha ( syarikat Jepun ).
iii. Sosial
- Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China.
- Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun.
- Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah.
- Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah.
- Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia.
- Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun.
- Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan.
- Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
- Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun.
- Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.
Contoh Dasar Penjepunan
- Mata wang Jepun diperkenalkan.
- Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan.
- Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.
- Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun Kimigayo.